KEJOHANAN TAKRAW ‘10/’11 PESERTA MENGGALAKKAN
Articles / Warta PERMAYA
Date: Jul 17, 2010 - 09:06 PM
|
DAIRY 16 JULAI – Berlangsungnya Kejohanan Takraw Sesi 2010/2011 bertempat di gelanggang takraw Universiti Sana’a, Sana’a. Kejohanan takraw yang dianjurkan oleh Lajnah Sukan & Kebudayaan Permaya 2010/2011 berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli Permaya dan rakyat Malaysia di Yaman.
Sebanyak 10 kumpulan yang menyertai kejohanan ini dan dihadiri seramai hampir 40 orang penonton yang membawa objektif program untuk memupuk amalan bersukan yang sihat dan mengikut syariat dan mengeratkan hubungan dikalangan ahli Permaya dan juga rakyat Malaysia di Yaman.
Program telah bermula dengan kehadiran para peserta-peserta dan penonton-penonton di gelanggang takraw Universiti Sana’a pada jam 6 pagi dan program dimulakan dengan majlis perasmian pada jam 6.30 pagi oleh Pengerusi Lajnah Sukan & Kebudayaan, Abdullah Fahim Hussin.
Perlawanan bermula pada jam 7 pagi sehingga jam 11 pagi untuk berhenti rehat, makan dan solat jumaat.
Kemudian perlawanan disambung pada semula pada jam 4 petang bagi perlawanan akhir dan penentuan tempat ketiga dan keempat.
Keputusan perlawanan johan oleh kumpulan yang diketuai oleh Abang Khalid bersama ahli beliau iaitu Abang Khairul, Mohd Zawani Che Ghani, Saifullah Hasbu dan Muammar Asyraf. Naib Johan pula adalah kumpulan yang diketuai oleh Abdullah Fahim Hussin beserta ahlinya Muhammad Azmi, Yusuf Abdullah, Abdul Razin dan Zahid Awang dan tempat ketiga disandang oleh Kumpulan yang diketuai oleh Syed Faris.
“Alhamdulillah, bersyukur kerana program kali ini mendapat sambutan dari penyertaan dan kehadiran para penonton.”
“Kami bagi pihak penganjur kejohanan takraw kali ini amat berpuas hatilah dengan sambutan program kali ini seperti mana semua maklum pada tahun ini ramai pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Yaman pulang ke tanah air,” kata Abdullah Fahim Hussin, Pengerusi Lajnah Sukan & Kebudayaan.
|
This article comes from Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA
http://permaya.org/yaman/
The URL for this story is:
http://permaya.org/yaman/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=548
|
|