Gotong-royong Rumah Permaya
Articles / Warta PERMAYA
Date: Jul 13, 2010 - 05:50 AM
|
DAIRY 12 Julai – Permaya sekali lagi telah menganjurkan Program Gotong-royong Perdana bertempat di Rumah Permaya. Program ini telah dilaksanakan oleh Lajnah Kebajikan Permaya bagi sesi 2010/2011 sebagai program tahunan Permaya.
Abdul Hakim, Pengerusi Lajnah Kebajikan, berkata, “rasa syukur dan diucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Permaya yang terlibat dalam gotong-royong kali ini.


“Walaupun pada tahun ini, ramai pelajar-pelajar Malaysia di Yaman pulang ke tanah air tapi program gotong-royong hari ini telah mendapat sambutan dan kerjasama daripada exco-exco Permaya sendiri dan ahli-ahli Permaya.”
Program Gotong-royong Perdana telah bermula pada jam 8.00 pagi yang membawa objektif untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli Permaya dan menjadikan ia sebagai salah satu program tahunan Permaya untuk mengumpulkan dan mempertemukan pelajar-pelajar Malaysia di Yaman sambil membuat kebajikan untuk Permaya.
Program yang telah dihadiri hampi 40 orang ahli Permaya ini memulakan tugas masing-masing selepas pembahagian kumpulan dan tugas kumpulan masing-masing pada jam 8.30 pagi selepas dari sarapan pagi.
Kemudian aktiviti gotong-royong berehat seketika untuk berhenti rehat, solat zohor dan makan tengah hari yang telah disediakan oleh lajnah penganjur dengan kerjasama dari Lajnah Ekonomi Permaya.
Kerja-kerja pembersihan diteruskan sekitar Permaya bagi menyiapkan sisa-sisa pembersihan dan pengemasan Rumah Permaya sehinggalah ke waktu asar. Kemudian aktiviti gotong-royong berhenti sekali lagi untuk solat asar dan aktiviti gotong-royong diteruskan lagi selepas itu.
Kerja dan aktiviti gotong-royong ini tamat pada jam 6.00 petang. “Kerjasama seperti inilah yang kita harapkan kepada semua ahli-ahli Permaya bagi menjayakan semua aktiviti Permaya samada aktiviti kebajikan, dalaman, luaran dan sebagainya bagi memperkasakan lagi Permaya bertepatan dengan motto Permaya pada sesi kali ini,” kata Megat Firdaus, Presiden Permaya yang turut menyertai Program Gotong-royong Perdana pada kali ini.
p/s: gambar-gambar program boleh dilihat di facebook rasmi Permaya.
|
This article comes from Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA
http://permaya.org/yaman/
The URL for this story is:
http://permaya.org/yaman/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=546
|
|