members: 25585
guests online: 7
members online: 0
You are an anonymous user. You can register for free by clicking HERE
|
|
Sejarah Penubuhan PERMAYA
(256 total words in this text) (5163 Reads) 
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman atau nama ringkasnya (PERMAYA)
adalah sebuah persatuan pelajar yang menggabungkan semua pelajar Malaysia
yang sedang belajar di Republik Yaman. Kewujudan PERMAYA adalah
kesinambungan daripada Badan Kebajikan Pelajar Malaysia yang ditubuhkan pada
awal tahun 1997. Idea penubuhan PERMAYA telah dicetuskan oleh beberapa orang
pelajar senior di Yaman setelah berlakunya pertambahan drastik bilangan
pelajar. Maka secara rasmi PERMAYA ditubuhkan pada 31hb Disember 1997
bersamaan 1 Ramadhan 1418 Hijrah. Matlamat penubuhan PERMAYA adalah untuk
mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar Malaysia di bawah satu bumbung
persatuan dan dalam masa yang sama bertindak sebagai badan kebajikan pelajar.
Di samping itu juga, PERMAYA menjadi saluran dan suara rasmi pelajar
Malaysia di Yaman.
Dengan kedatangan pihak Kedutaan Besar Malaysia ke Sana’a, Yaman pada
September 1999 telah menambahkan lagi semangat PERMAYA untuk bergerak dengan
lebih maju. PERMAYA telah berjaya merapatkan hubungan dengan pihak Kedutaan
demi merealisasikan cita-cita Kerajaan Malaysia untuk melihat wujudnya
hubungan baik di antara pihak Kedutaan, pelajar dan rakyat Malaysia di luar
negara. Setelah itu, PERMAYA telah diiktiraf secara rasmi sebagai persatuan
pelajar Malaysia di bumi Yaman ini dan pihak PERMAYA telah melantik Encik
Zainal bin Hamzah: Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Di Yaman
sebagai Penaung yang pertama.
Setelah berlakunya pertukaran Encik Zainal bin Hamzah ke Filipina dan
tibanya Duta Besar Malaysia ke Yaman iaitu Dato’ Haji Azman bin Mohd Nazir,
PERMAYA dapat meneruskan hubungan baik yang sedia ada dan dengan hati yang
terbuka Dato’ Duta bersedia untuk menjadi Penaung PERMAYA yang kedua.
Seterusnya beliau telah berbesar hati mengeluarkan Surat Akuan Pengiktirafan
PERMAYA pada April 2002. |
[ Back to [ PERMAYA ] | Sections index ] |
|
|