PENGENALAN DARUL MUSTAFA LIDDIRASAT ISLAMIAH TARIM,
HADRAMAUT, YAMAN (ILMU/SULUK/DAKWAH)
Pengasas
Darul Mustafa diasaskan oleh :-
1. Al Habib Ali Mashur bin Muhammad bin Salim bin Haifidz
2. Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz
Penubuhan
Darul Mustafa ditubuhkan pada Syawal tahun 1414 Hijrah dan dirasmikan pada hari
Selasa 29 Zulhijjah tahun 1417 Hijrah.
Tujuan Dan Matlamat
Penubuhan Darul Mustafa adalah beteraskan 3 matlamat utama :-
1) ILMU - Penguasaan dalam ilmu-ilmu syariah dengan kaedah talaqqi daripada
syeikh-syeikh yang mempunyai sanad bersambung kepada Imam Mazhab yang berakhir
sanad mereka kepada sumber yang mulia NAbi Muhammad S.A.W
2) SULUK - Penyucian jiwa dan insaniah dengan cara mujahatunnafs,bersifat dengan
akhlak yang mulia
Serta beramal dengan azkar yang ma’thur & sunnah Rasulullah S.A.W kea rah
mendekatkan diri kepada Allah AWT.
3) DAKWAH – Penyebaran dakwah ke jalan Allah SWT dengan memperkenalkan Agama
Islam dan Sunnah Nabi S.A.W disamping menyatukan kaum muslimin, bersangka baik,
dan sabar menghadapi kesusahan seta mempunyai pendirian yang kuat.
Sistem Pembelajaran Dan Program-Program
1. Manhaj Dirasi dan program-program yang dijalankan di Darul Mustafa adalah
seperti berikut:-
1) MANHAJ DIRASI
Terbahagi kepada 4 peringkat :-
i) Ibtida’I : di Negara masing-masing melalui cawangan-cawangan di Negara
tersebut ang telah ditetapkan oleh Darul Mustafa
ii) I’dadi : di cawangan Darul Mustafa di Hadramout ( 2 tahun )
2. Pembentukan akhlak :
i) Mengamalkan sunnah-sunnah Nabi S.A.W dan mempunyai akhlak yang mulia.
ii) Membaca azkar dan aurad dalam khulasah Mahad An-nabawi pada waktu yang
ditetapkan.
iii) Qiamullail dan Takbiratul ihram ma’al imam.
iv) Puasa 3 hari setiap bulan pada Ayyamil Baidh (13,14 dan 15 haribulan hijri )
v) Sedekah sekadar kemampuan
3. Penyeberan Dakwah :-
i) Mewajibkan pelajar keluar Dakwah Mingguan bermula pagi Khamis sehingga
selepas solat Jumaat mengikut giliran.
ii) Menziarahi para ulama’ , tempat-tempat bersejarah, masjid-masjid dan
maqam-maqam para aulia’.
iii) Menghadiri majlis-majlis maulid,ziarah maqam-maqam alulia’, Haul-haul ulama
yang diadakan pada waktu tertentu.
Syarat-Syarat Penerimaan Pelajar
1. Mampu memahami & berkomunikasi dengan Bahasa Arab serta mampu membaca &
menulis dengan baik.
2. Hendaklah mematuhi semua undang-undang Darul Mustafa dan juga undang-undang
dalaman Darul Mustafa.
3. Membetulkan niat untuk berkhidmat kepada Agama Islam dan seluruh muslimin
serta berdakwah kepada kebenaran setelah tamat belajar.
4. Membawa segala dokumen-dokumen dan sijil peljaran agama.
5. Kedatangan ke Darul Mustafa hendaklah melalui pihak perwakilan yang telah
ditentukan oleh Darul Mustafa (jika ada).
6. Hendaklah berumur melebihi 18 tahun.
7. Bagi pelajar yang ingin terus peringkat I’dadi hendaklah pernah belajar
kitab-kitab seperti yang ditetapkan diperingkat Ibtida’i. Begitu juga pelajar
yang ingin terus memasuki peringkat Thanawi & Jami’ah, hendaklah pernah belajar
kitab-kitab yang telah ditetapkan diperingkat I’dadi & Thanawi.
8. Telah lulus ujian penerimaan pelajar baru yang dijalankan di Darul Mustafa.
9. Hendaklah datang ke Darul Mustafa ketika tempoh penerimaan pelajar baru iaitu
di pertengahan akhir bulan Rejab hingga pertengahan awal bulan syaaban setiap
tahun.
10. Hendaklah melalui pemeriksaaan perubatan semasa kedatangan sebagai jaminan
selamat dari penyakit yang berbahaya.
11. Membayar yuran-yuran yang ditetapkan :-
i) Yuran makan : RY2500 (USD12.5)
setiap bulan
ii) Visa untuk tahun pertama : USD35
iii) Pembaharuan visa untuk : USD19.25
setiap tahun.
iv) Wang jaminan pulang : USD470
Kemudahan Dan Prasarana
1. Asrama : Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas angin, katil,
almari, meja belajar dan lain-lain.
2. Perpustakaan
3. Klinik
4. Bilik Tetamu
5. Kedai buku
6. Kantin
7. Kedai runcit
8. Perkhimatan teleon
9. Pengurup wang
10. Dan lain-lain
Alamat
DARUL MUSTAFA LIDDIRASAT ISLAMIAH,
P.O BOX 58049, AIDEED,
TAREEM,
YEMEN.
No Tel 00967 5 417888 / 417880
No Fax 00967 5 417886 / 417883 / 417792
Email dar_almustafa@hotmail.com
Laman web www.daramustafa.com