members: 25585
guests online: 8
members online: 0
You are an anonymous user. You can register for free by clicking HERE
|
|
Pusat Pengajian Di Yaman
(1047 total words in this text) (10593 Reads) 
Terdapat beberapa buah institusi pengajian di Yaman yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar Malaysia yang datang ke Yaman dalam mendalami pengajian agama dan Bahasa Arab. Antara tempat pengajian yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar Malaysia adalah seperti Universiti Sains dan Teknologi, Universiti Yamaniah, Universiti Sanaa, Universiti Saba, Universiti Al Iman dan pusat-pusat pengajian Bahasa Arab. Berikut dijelaskan secara ringkas maklumat-maklumat yang berkaitan dengan institusi-institusi tersebut.


Antara fakulti pengajian yang ditawarkan ialah:
1) Fakulti Sains Kemanusiaan:
Kuliah Tarbiyyah : Tempoh pengajian selama 4 tahun, peratus kelayakan 50%, yuran pendaftaran sebanyak YER 8000 (RM 160), yuran universiti setiap tahun YER 8000 (RM 160), yuran jam kredit USD 700 untuk setiap tahun.
Pendidikan Inggeris tempoh pengajian 4 tahun, peratus kelayakan 50%, yuran pendaftaran YER 8000 (RM 160), yuran universiti setiap tahun YER 8000 (RM 160), yuran jam kredit USD 1100 setiap tahun.
Kesusasteraan Inggeris tempoh pengajian 4 tahun, peratus kelayakan 50%, yuran pendaftaran YER 8000 (RM 160), yuran universiti setiap tahun YER 8000 (RM 160), yuran jam kredit USD 1500 setiap tahun.
Kesusasteraan dan Syariah tempoh pengajian 4 tahun, peratus kelayakan 50%, yuran pendaftaran YER 8000 (RM 160), yuran universiti setiap tahun YER 8000 (RM 160), yuran jam kredit USD 700 setiap tahun.

Syarat kemasukan adalah seperti berikut :
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang asli dan yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.
Kedua-dua sijil tersebut hendaklah di cop oleh Kementerian Luar Malaysia.
Salinan pasport
10 keping gambar berukuran pasport berlatar belakang putih.
Untuk pendaftaran sila sertakan dokumen sebagaimana berikut:
Sijil/ slip keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang asli dan yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.
Kedua-dua sijil tersebut hendaklah di cop oleh Kementerian Luar Malaysia.
Pelajar hendaklah mempunyai surat pengesahan daripada pihak yang berwajib (Kementerian pengajian tinggi Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Yaman ).


Universiti Sanaa merupakan salah sebuah universiti kerajaan tempatan.
Antara Fakulti pengajian yang di tawarkan:
1. Fakulti Syariah dan Perundangan, tempoh pengajian 4 tahun, syarat kelayakan 80% amali dan praktikal.
2. Fakulti Tarbiah:
Ulum Al-Quran
Pengajian Bahasa Inggeris
Pengajian Islam
Pengajian Bahasa Arab
Pengajian Geografi
Pengajian Sejarah
Pengajian Falsafah dan Kemasyarakatan
Pengajian Matematik
Pengajian Kimia
Pengajian Sains kehidupan
Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun, syarat kelulusan adalah 80% amali dan praktikal.
3. Fakulti Kesusasteraan:
Pengajian Bahasa Arab dan Sastera
Pengajian Bahasa Inggeris dan Sastera
Pengajian Islam
Pengajian Bahasa Perancis
Pengajian Sejarah
Pengajian Geografi
Pengajian Falsafah
Pengajian Sains Kemanusiaan
Pengajian Sains Kemasyarakatan, dan terbahagi kepada dua bahagian pertama sains kemasyarakatan dan perkhidmatan kemasyarakatan bermula pada tahun 3.
Tempoh pengajian 4 tahun, dan syarat kelulusan 70% kecuali Bahasa Inggeris 75% amali dan praktikal.

Syarat-syarat pendaftaran:
Mendapat surat kebenaran daripada pihak Kementerian Pendidikan Yaman dan surat sokongan daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Yaman.
Pelajar hendaklah mempunyai surat pengesahan daripada pihak yang berwajib (Kementerian pengajian tinggi Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Yaman ).
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang asli dan yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.
Kedua-dua sijil tersebut hendaklah di cop oleh Kementerian Luar Malaysia.
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak melebihi 2 tahun dari tarikh dikeluarkan.
Menduduki ujian kelayakan/ temu duga.
Umur tidak melebihi 25 tahun dan tidak kurang daripada 18 tahun bagi pengajian Sarjana Muda.
Yuran pendaftaran sebanyak USD 300 termasuk cukai kerajaan USD 200.
Sesi pendaftaran bermula pada bulan Ogos.
Universiti Yamaniah
Antara fakulti yang ditawarkan:
1. Fakulti Syariah dan Perundangan, yuran jam kredit USD 400
2. Fakulti Bahasa, Kesusasteraan dan Tarbiah:
Pengajian Ulum Al-Quran, Bahasa Inggeris dan Perancis, yuran jam kredit USD 500
Pengajian pengkhususan yang lain, yuran jam kredit USD 400
Untuk yuran pendaftaran dan pengurusan sebanyak YER 15000 (RM 300).
1. Fakulti Tarbiah:
Pengajian Bahasa Inggeris
Pengajian Islam
Pengajian Bahasa Arab
Pengajian Ulum Al-Quran
Pengajian Matematik
Pengajian Kemasyarakatan
Pengajian Geografi
Pengajian Sejarah
Pengajian Ilmu kemanusiaa
2. Fakulti Kesusasteraan:
Pengajian Islam
Pengajian Bahasa Arab
Pengajian Geografi
Pengajian Sejarah
Pengajian Ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan
Pengajian Bahasa Inggeris
3. Fakulti Syariah dan Perundangan:
Pengajian Umum

Syarat-syarat kemasukan:
1. Syarat umum:
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mempunyai surat penerimaan masuk ( surat tawaran ) daripada Universiti.
Pelajar hendaklah datang pada tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
Menepati yuran yang telah ditetapkan, yuran pendaftaran, yuran pengajian, yuran peperiksaan, yuran fotostat dan lain-lain.
2. Syarat khusus:
Pelajar hendaklah mempunyai pasport yang sah.
Pelajar hendaklah mempunyai surat pengesahan daripada pihak yang berwajib (Kementerian pengajian tinggi Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Yaman ).
Untuk pendaftaran sila sertakan dokumen sebagaimana berikut:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang asli dan yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.
Kedua-dua sijil tersebut hendaklah di cop oleh Kementerian Luar Malaysia.
12 keping gambar warna berukuran 4x6 berlatar belakang putih.
Salinan pasport.

Universiti Saba menawarkan pengajian peringkat Diploma dan Sarjana Muda.
Fakulti yang ditawarkan:
1. Fakulti Kesusasteraan dan Tarbiah
Pengajian Bahasa Arab
Pengajian Bahasa Inggeris
Pengajian Islam
Yuran pendaftaran sebanyak YER 16,000 (RM 350), dan yuran pengajian mengikut jam kredit adalah sebanyak USD 380 setahun.
Sila sertakan dokumen-dokumen seperti berikut untuk pendaftaran:
Sijil pelajaran Malaysia (SPM) yang asal dan yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.
Kedua-dua sijil tersebut hendaklah di cop oleh Kementerian Luar Malaysia.
Salinan pasport.
Pelajar hendaklah mempunyai surat pengesahan daripada pihak yang berwajib (Kementerian pengajian tinggi Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Yaman ).
10 keping gambar berukuran pasport berlatar belakang putih.
Sanaa Institut For Arabic Language (SIAL)
Pelajar persendirian
Institut ini menawarkan pengajian peribadi bagi pelajar yang berminat untuk belajar satu murid satu guru. Ini adalah program yang sesuai semenjak ianya diperkenalkan kebelakangan tahun ini. Pelajar boleh memilih tarikh dan masa belajar sendiri mengikut kehendak pelajar. Pengajian peribadi ini juga ditawarkan untuk pelajar perempuan dan pusat pengajian ini amat mengalukan tenaga pengajar perempuan untuk berkhidmat di sini.

Pusat pengajian in menawarkan 2 pakej program pengajian peribadi, iaitu pengajian asas bahasa (basic) dan pengajian kursus secara intensif.
Standard kursus/ pengajian bagi perseorangan.
Tempoh standard kursus mengandungi 60 jam pengajian perseorangan dengan menggunakan pakej pengajian berikut:
Pakej pertama: 2 jam setiap hari, 5 hari seminggu selama 5 minggu.
Kaedah kedua: 4 jam setiap hari 4 hari seminggu selama 5 minggu.
Pembayaran yuran sebagaimana berikut:
Untuk pakej pertama:

Untuk pakej kedua:

Belajar secara berkumpulan
Dan pengajian ini juga menawarkan belajar secara berkumpulan 4 jam sehari 5 hari seminggu.
Setiap kumpulan merangkumi 3 hingga 5 orang pelajar setiap satu kelas.
Kelas ini bermula pada 8:00 pagi hingga 12:30 tengah hari untuk sesi pagi dan pukul 1:00 hingga 5:30 petang untuk sesi petang.
Pembayaran yuran sebagaimana berikut:
Yuran untuk 2 jam satu hari:

Yuran untuk 4 jam satu hari:

Syarat-syarat kemasukan:
8 keping gambar berukuran pasport berlatar belakang putih.
salinan pasport.
Pelajar hendaklah mempunyai surat pengesahan daripada pihak yang berwajib (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Yaman ).
* Perhatian!!!
Bagi sesiapa yang ingin melajukan pelajarnya ke Yaman diwajibkan bersama-sama dengannya dokumen seperti berikut:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang asli dan yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.
Kedua-dua sijil tersebut hendaklah di cop oleh Kementerian Luar Malaysia.
Pelajar hendaklah mempunyai surat pengesahan atau surat kebenaran untuk belajar daripada pihak yang berwajib (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Yaman ).
Sesi pengajian bermula pada bulan Oktober. |
[ Back to [ PERMAYA ] | Sections index ] |
|
|