">
Welcome to Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA
    

   
   
  Ahlan Wasahlan !
Home Quran Tafsir Hadith Forum Download
Login
 Username
 Password
 Remember me


 Log in Problems?
 New User? Sign Up!

Menu User
· Home

PERMAYA
New Page 2
Informasi :
  • What's New!

    Organisasi :
  • Pimpinan 2003/04
  • Pimpinan 2004/05
  • Pimpinan 2005/06
  • Pimpinan 2006/07
  • Pimpinan 2007/08
  • Pimpinan 2008/09
  • Pimpinan 2009/10
  • Pimpinan 2010/11

    A.J.K Unit IT :
  • Unit IT 2005/06
  • Unit IT 2006/07
  • Unit IT 2007/08
  • Unit IT 2008/09
  • Unit IT 2009/10

    Menu Utama :
  • Info Yemen
  • Kedutaan
  • Sejarah PERMAYA
  • Matlamat PERMAYA
  • Logo PERMAYA
  • Manual PERMAYA
  • UPP PERMAYA
  • Pengajian Di Yaman

    Caw. Hadramaut :
  • PERMAYA Hadramaut
  • Organisasi
  • Darul Mustafa
  • Rubat Tareem

    Ilmiah :
  • Mukjizat Saintifik
  • Tafsir Al-Quran

    Perkhidmatan :
  • Carian
  • Download
  • Pengguna PDA
  • Rangkaian Web
  • Forum Komuniti
  • Galeri PERMAYA
  • Flash Games
  • Nasyid Arab
  • Lirik Nasyid
  • Arkib Tulisan Rawak
  • Kiraan Zakah

    Sumbangan :
  • Hantar Soalan
  • Hantar Tulisan
  • Hantar Lirik
  • Hantar Web Anda

    Sokongan :
  • Banner Promosi
  • Hubungi Webmaster
  • Hubungi PERMAYA
  • Promosikan Kami

    Info Laman :
  • Senarai Ahli
  • Statistik Laman
  • Senarai Popular


  • Arkib












    Headlines







    Online Panel
    members: 25640
    guests online: 6
    members online: 0

    You are an anonymous user. You can register for free by clicking HERE




    This is Topic: Warta PERMAYA
    Following are the News Items published under this Topic.


    See all

    KEJOHANAN TAKRAW ‘10/’11 PESERTA MENGGALAKKAN
    Posted by syazwan_AA on Saturday, July 17, 2010 - 09:06 PM (326 Reads)
    Warta PERMAYA DAIRY 16 JULAI – Berlangsungnya Kejohanan Takraw Sesi 2010/2011 bertempat di gelanggang takraw Universiti Sana’a, Sana’a. Kejohanan takraw yang dianjurkan oleh Lajnah Sukan & Kebudayaan Permaya 2010/2011 berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli Permaya dan rakyat Malaysia di Yaman.

    Read more... (1664 bytes more) comments? Send this story to a friend Printer friendly page

    Gotong-royong Rumah Permaya
    Posted by syazwan_AA on Tuesday, July 13, 2010 - 05:50 AM (233 Reads)
    Warta PERMAYA DAIRY 12 Julai – Permaya sekali lagi telah menganjurkan Program Gotong-royong Perdana bertempat di Rumah Permaya. Program ini telah dilaksanakan oleh Lajnah Kebajikan Permaya bagi sesi 2010/2011 sebagai program tahunan Permaya.

    Abdul Hakim, Pengerusi Lajnah Kebajikan, berkata, “rasa syukur dan diucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Permaya yang terlibat dalam gotong-royong kali ini.

    Read more... (1954 bytes more) comments? Send this story to a friend Printer friendly page

    Kenyataan Rasmi PERMAYA Berkenaan Penangkapan Pelajar Malaysia Di Yaman
    Posted by are_long on Thursday, June 10, 2010 - 05:32 AM (524 Reads)
    Warta PERMAYA Assalamualaikum w.b.t

    Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) memandang serius terhadap kenyataan yang telah disiarkan di dalam akhbar-akhbar berkenaan dengan isu penangkapan 2 orang pelajar Malaysia di Yaman. Oleh yang demikian pihak kami ingin menegaskan bahawa :-


    Read more... (1052 bytes more) 2 Comments Send this story to a friend Printer friendly page

    Rehlah Ukhuwah X-Yaman 2010
    Posted by antusufi on Monday, June 07, 2010 - 10:59 AM (291 Reads)
    Warta PERMAYA Tulisan ini dipetik dari www.alwatary.blogspot.com


    Salam sua.

    Syukur kepada Tuhan semesta. Setelah beberapa kali tarikh ditunda, dan SMS iklan dipinda, akhirnya terlaksana juga hasrat untuk mengadakan rehlah ini. Terima kasih Tuhan.

    Awalnya, rehlah candat sotong ini dirancanakan untuk mengumpul paling kurang 20 orang x-Yaman. Tetapi dek kerana beberapa masalah teknikal seperti keluangan masa para peserta dan juga kekangan pihak berkuasa perikanan yang menghadkan jumlah peserta yang boleh dimuatkan dalam sesebuah bot, akhirnya kami berjaya mengumpulkan 10 orang x-Yaman. Terima kasih Tuhan.

    Note: 15 keping paparan bergambar. Sila ke pautan yang disediakan!
    Read more... (1694 bytes more) comments? Send this story to a friend Printer friendly page

    Majlis Pembahagian Usrah PERMAYA Gelap
    Posted by naqruf on Tuesday, June 01, 2010 - 11:10 PM (264 Reads)
    Warta PERMAYA AL-WATARY, 27 Mei – Majlis Pengenalan & Pembahagian Usrah berjalan dengan jaya walaupun dalam keadaan gelap akibat bekalan elektrik terputus selama beberapa jam. Majlis tersebut telah diadakan bertempat di Rumah Kebajikan Zahafiz.

    Majlis anjuran Lajnah Dakwah & Tarbiah tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan ahli yang hadir. Majlis dimulakan usai sahaja solat maghrib secara berjamaah yang dipengerusikan oleh Setiauasaha Lajnah Dakwah & Tarbiah.

    Terdahulu, pelancaran usrah telah pun dilancarkan oleh Tuan Yang Terutama Tuan Haji Abdul Samad bin Othman sewaktu perasmian Muktamar Sanawi PERMAYA kali ke-13 yang telah berlangsung pada 30 April 2010.

    Penerangan ringkas telah disampaikan oleh Ustaz Mujibur Rahman bin Ishak bagi menerangkan kepentingan dan fungsi perjalanan usrah yang akan dijalankan di bawah pengelolaan Lajnah Dakwah & Tarbiah.

    Note: Picture coming soon
    Read more... (764 bytes more) comments? Send this story to a friend Printer friendly page

    Dialog Exco Bersama Ahli Meriah
    Posted by naqruf on Friday, May 14, 2010 - 03:39 AM (365 Reads)
    Warta PERMAYA KHAMIS, 6 MEI 2010 - DAIRY – Pimpinan Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) yang baru telah menganjurkan program dialog bersama ahli bertempat di Rumah Kebajikan ZAHAFIZ. Program bermula pada jam 7.00 malam sejurus sahaja selepas solat maghrib. Program tersebut mendapat sambutan yang baik oleh ahli walaupun cuaca yang agak kurang baik ketika itu.

    Program tersebut dimeriahkan dengan ucapan pengerusi oleh Ustaz Muhammad Zubair bin Mohd Daik selaku Setiausaha Agung PERMAYA pada pada sesi ini. Program diteruskan lagi dengan sesi ta’aruf exco yang baru bagi memberi peluang kepada ahli untuk mengenali barisan pimpinan PERMAYA yang baru dengan lebih mendalam lagi. Sejurus selepas itu, sesi berdialog bersama exco dimulakan dengan cadangan-cadangan dan soalan-soalan yang begitu bernas.

    Ustaz Megat Firdaus bin Megat Basri selaku Presiden PERMAYA pada sesi ini telah membentangkan misi PERMAYA yang akan dijalankan di bawah kepimpinan beliau.

    Note: Ukhuwah Dierat, Menjulang Syariat... (KEARAH MEMPERKASAKAN PERMAYA)
    Read more... (1615 bytes more) 13 Comments Send this story to a friend Printer friendly page

    Muktamar Sanawi Kali Ke 13
    Posted by sudin on Thursday, May 06, 2010 - 02:24 PM (398 Reads)
    Warta PERMAYA MAZBAH, 30 April – Pada baru-baru ini telah berlansungnya satu acara yang gilang-gemilang bagi seluruh warga ahli Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA), Muktamar Sanawi. Acara tersebut ialah satu program yang menjadi perkara rutin yang wajib dilakukan oleh mana-mana persatuan yang ada di atas muka bumi ini. Ianya bertujuan bagi memilih dan menukar tampuk kepimpinan yang baru setelah selesai sudah satu penggal tampuk pemerintahan yang lama. Bagi PERMAYA sendiri, perkara ini tidak dapat lari dari semua itu. Dan bagi tahun ini juga, PERMAYA telah mengorak langkah setapak lagi dengan melakukan beberapa perubahan yang drastik dan bijaksana serta mengikut keperluan dan kesesuaian keadaan semasa.

    Antaranya, pada tahun ini PERMAYA telah menukar nama Mesyuarat Agung kepada Muktamar Sanawi dan telah merombak kembali beberapa perlembagaan PERMAYA bagi memastikan PERMAYA terus maju ke hadapan. Di antara perlembagaan yang telah dirombak kembali ialah, menambah beberapa lagi portfolio di dalam ahli jawatankuasa pentadbiran organisasinya. Antara sebab penambahan tersebut ialah bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan serta kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di sini memandangkan peningkatan ahli semakin menaik dari masa ke semasa.

    Read more... (2085 bytes more) 2 Comments Send this story to a friend Printer friendly page

    PILIHANRAYA EXCO PERMAYA 2010/2011
    Posted by fatehalyamany on Saturday, May 01, 2010 - 07:36 PM (251 Reads)
    Warta PERMAYA Sumber Berita: ibnuridasz83

    Dairy, Selasa, 20 April 2010 - Taklimat Perjalanan Muktamar Sanawi dan Pilihanraya bagi Pemilihan Exco Sesi 2010/2011. Dua aktiviti ini diadakan di Rumah PERMAYA selepas Solat Maghrib berjemaah. Taklimat Perjalanan Muktamar Sanawi telah disampaikan oleh Presiden PERMAYA saudara Fadhli Rahmi bin Zulkifli. Beliau menyatakan bahawa pada tahun ini persepakatan oleh semua Exco untuk Pertama kalinya PERMAYA akan mengadakan Muktamar Sanawi. Muktamar ini dihadiri oleh perwakilan Universiti-Universiti dan Cawangan Hadramaut.

    Read more... (797 bytes more) comments? Send this story to a friend Printer friendly page

    MALAM KESENIAN & KEBUDAYAAN ISLAM MERIAH
    Posted by syababkenyir on Wednesday, April 21, 2010 - 11:56 AM (313 Reads)
    Warta PERMAYA Sumber Berita : Mine

    Sittin,Jumaat,15 April 2010 - Malam Kesenian & Kebudayaan Islam telah berjaya dilaksanakan di Dewan Besar Kuliah Adab Universiti Sains & Teknologi dengan meriah dan penuh gilang gemilang. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) setiap 2 tahun sekali bagi memperkenalkan budaya dan kesenian rakyat Malaysia kepada warga asing. Malam yang bertemakan “Budaya Dikongsi Ukhwah Dipaksi” ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Encik Abdul Samad Bin Othman sebagai duta besar Malaysia di Yaman.

    Tuan Duta menyarankan agar program ini terus diadakan agar kita tidak melupakan kebudayaan Malaysia terutamanya Rakyat Malaysia diperantauan. Sementara itu, program seperti ini dapat menkomersialkan budaya Malaysia kepada orang luar, khususnya masyarakat Yaman. Program ini mendapat sambutan yang mengalakkan dengan kehadiran hampir mencecah seramai 300 orang.


    Read more... (2465 bytes more) 1 Comment Send this story to a friend Printer friendly page

    KEJOHANAN PING PONG PERMAYA SESI 2009/2010
    Posted by syababkenyir on Thursday, April 01, 2010 - 11:39 AM (481 Reads)
    Warta PERMAYA Sumber Berita : fatehalyamani

    26 Mac, Dairi – Lujnah Sukan & Kebudayaan ( L.S.K ) telah mengadakan satu aktiviti sukan, Kejohanan Ping Pong PERMAYA sesi 2009/2010 yang telah diadakan di bangunan Wahah Zaitun. Kejohanan tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan meriah. Ia bermula pada jam 7:15 pagi. Penyertaan kejohanan kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan ahli PERMAYA berbanding tahun sebelumnya.

    Kejohanan dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis iaitu saudara Aisamuddin bin Muhammad dan diikuti dengan ucapan pembukaan oleh saudara Abdullah Fahim bin Husin selaku Timbalan Pengarah Program dan seterusnya memberikan taklimat kepada peserta dan hadirin. Kejohanan ini dirasmikan oleh Presiden PERMAYA sesi 2009/2010, saudara Fadhli Rahmi bin Zulkifli.


    Note: Bersukan untuk Beribadah kepada Allah...
    Read more... (1061 bytes more) 7 Comments Send this story to a friend Printer friendly page



    EasyNet Interactive Web Hosting | Domain Registration

    Site hosted by: EasyNet Interactive
    Web Hosting | Domain Registration.
    Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA
    P.O Box 3909, Tahrir Street, Sana'a, Republic Of Yemen.
    Email : permayaman@hotmail.com | admin@permaya.org
    Copyright © PERMAYA Since 2003 | Support Our Sponsor by bey
    PERMAYA Online dibangunkan menggunakan pelantar php